Tuesday, April 21, 2015

HIMPUNAN 3 RESEPI KEK CHOCOLATE MOIST

# RESEPI 1ST

Resepi yang 1st ni aku dapat time ambil kelas baking under Kolej Komuniti. Banyak-banyak resepi Chocolate Moist Cake, ini la resepi yg paling simple. Untuk tempahan pun biasanya aku guna resepi ni sebab bahan-bahan sentiasa ada di rumah. 

Bahan-bahan
2 biji telur 
2 cawan tepung gandum 
1 cawan minyak masak 
1 cawan susu 
1 cawan serbuk koko 
1 cawan gula kisar 
1 sudu teh (tsp) soda bikar bonat 
1 cawan air suam

Cara-cara
  1. Putar gula bersama telur hingga kembang. 
  2. Masukkan minyak, susu, soda bikarbonat & serbuk koko. 
  3. Masukkan tepung & akhir sekali masukkan air suam. 
  4. Masukkan kedalam loyang telah digris & dilapis dengan baking paper. Kukus sengga masak. 


# RESEPI KE-2

Resepi yang ke-2 ni pula aku belajar time kelas masak under KEMAS. Resepi ni perukan banyak bahan. Tapi hasilnya memang superb. Banyak-banyak resepi Chocolate Moist yang aku pernah cuba resepi ni yang paling aku suka. Means yang paling sedap bagi anak tekak aku. Xpercaya? Cuba try test la buat sendiri. Part yang paling best, resep ni tidak payah guna mixer!!!

Bahan A:
1 tin susu cair
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat 
1 1/2 cawan gula
= Didihkan diatas api sederhana sehingga gula hancur kemudian sejukkan sedikit. 

Bahan B: 
3 biji telur 

Bahan C: 
2 cawan tepung gandum 
1 1/2 sudu teh (tsp) soda bikarbonat
1 cawan koko 
= Ayank semua bahan C. 

Cara-cara
  1. Masukkan bahan C secara berselang seli dengan bahan B kedalam bekas yang berisi bahan A. 
  2. Kacau rata menggunakan senduk sahaja. 
  3. Masukkan kedalam loyang yang telah dialas dengan baking paper. 
  4. Kukus selama 2 jam atau sehingga masak (bergantung kepada pengukus masing-masing). 


# RESEPI KE-3

Resepi ni aku baru cuba last sunday. Still resepi Chocolate Moist Cake, tapi kali ni tanpa telur. Aku dapat resepi ni dari jintanmanis.com. Hasilnya? cuba la buat sendiri nanti. Suka dengan resepi ni sebab tidak guna telur. So, boleh buat Chocolate Moist bila-bila masa even stok telur habis. 

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum 
1 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang 
1 tsp esen vanila 
1 tsp chocolate emulco
secubit garam 
1/2 cawan minyak jagung
1 tsp cuka

Cara-caranya
  1. Ayak tepung + baking powder + soda bikarbonat + serbuk koko. Masukkan susu tepung + garam + gula perang. Sebatikan. 
  2. Masukkan air sejuk + minyak masak + esen vanila + chocolate emulco. Kacau menggunakan wisk dan pastikan adunan tidak berketul.
  3. Masukkan cuka & teruskan dikacau sehingga sebati. 
  4. Tuang aduna kedalam loyang yang sudah di lapis dengan baking paper & bakar 30 - 40 minit. Bergantung kepada oven masing-masing. 



Rasanya cukup setakat disini dulu resepi Chocolate Moist Cake ni. Kalau guna perkhidmatan en. Google memang banyak resepi Chocolate Moist ni. Tapi, setakat ni aku rasa 3 resepi ni yang bagus disalin (istilah mama aku). Untuk topping, aku masih mencari-cari topping yang best untuk di share. So, till next time okeh. 

Ppppssssssssttttttttttttttttttt....rajin-rajin la skodeng page-page yang aku promote di tepi ni...mana tau bekenan.....klu bekenan, boleh trus wasap ASAP okeh...

No comments:

Post a Comment